PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

BISMILLAH - IR - RAHMAN – NIRRAHIM

Bahawasanya – kami ahli – ahli Gayong – mengaku taat setia – menjadi murid Silat Seni Gayong dan Ahli gayong.

Bahawasanya – kami mengaku taat setia pada Allah – kami mengaku taat setia pada baginda Rasul Allah – kami mengaku taat setia pada guru kami – kami mengaku setia pada ibu dan ayah kami – kami mengaku taat setia pada negara kami – kami mengaku taat setia pada saudara segayong dengan kami.

Bahawasanya – kami mengaku – taat setia – ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong – Raja Permaisuri Agong – dan Sultan – Sultan yang memerintah – di seluruh Tanah Melayu.

Ya Allah Ya Tuhan kami – Kau murahkanlah rezekiku kami – Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami – Kau tetapkanlah iman kami – Kau lindungilah kami – daripada – segala malapetaka – jin dan iblis – dan manusia – yang niat khianat – ke atas diri kami dan negara kami.

Amin – Amin Ya Rabbal A’ lamin.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PESANAN GAYONG
&
PESANAN TENGKU DAENG KUNING

Seruan dan slogan yang tersimpul di dalamnya falsafah persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. Ia pencetus semangat yang ingin ditanam oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman kepada seluruh muridnya di Malaysia dan serantau.

Berikut ialah pesanan yang merupakan pusaka dari pahlawan Gayong, yang mana Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman merupakan waris zuriat dan kesinambungan perjuangannya.

  1. GAYONG !!! Siapa Gayong ?, aku Gayong dan engkau pun Gayong.

  2. Di mana Gayong ?, di sini Gayong dan di sana pun Gayong.

  3. Apa erti gayong ?

    1. Genggam

    2. Angkat

    3. Yakin

    4. Waras

    5. Ngeri

      Iaitu menunaikan seruan dan perintah Allah S.W.T dalam rukun Islam  
      yang 5 dan mendirikan sembahyang fardhu 5 kali sehari semalam.

  4. Gayong bergayut, kata bersahut
      Biduk berlalu, kiambang bertaut
  5. Pecah Gayong di dalam dulang
      Dulang hanyut di lautan tujuh
      Pecah Gayong perpecahan saying
      Di satu masa balik berpadu ( berteguh )

    1. Segayong Sekendi

    2. Seperigi

    3. Seminum

    4. Sejalan

    5. Sejadi

    6. Sedarah

    7. Sedaging

    8. Sepadu

  6. Ke bukit sama – sama didaki
      Ke lurah sama – sama dituruni
      Ke laut sama – sama direnangi
      Berat sama – sama dipikul
      Ringan sama – sama dijinjing
      Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
      Berpantang maut sebelum ajal

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT


SAJAK SILAT SENI GAYONG ( 1942 )
**********************************


Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan haruslah diserta

Seni Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham menyusun zahir semula

Lembaganya bersih nyawanya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri

Gayong mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Besi kuning besi kesakti
Anak panah Sang Rajuna
Kembali Gayong kebudayaan asli
Di Tanah Melayu hulubalang tua

Tempana Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

Tempana nipis asal namaku
Besi tua di Tanah Jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak Melayu hilang di dunia

Majapahit nama negara
Tempat ratu Raja Jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan Melayu subur semula

Seni Gayong seni asli
Dari pusaka ibu pertiwi
Umat Melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai

Seni Gayong sudah terpuji
Dijunjung oleh ibu pertiwi
Pemuda pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi

Seni Gayong seni Melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang Melayu

Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga

 

 

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT


Pecah Gayong Di Dalam Dulang,

Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh;
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Suatu Masa Dan Ketika Kembali Berteguh (berpadu)

 

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT


Jangan ditepuk susu di dulang

Anak Harimau tak dapat menyusu,

Janganlah pecah rahsia hulubalang,

Nanti harimau hilang kuku.

 

Jangan ditepuk darah di dulang,

Anak harimau mencari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,

Nanti harimau hilang asu.

 

Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas,

Jikalau ada senjata di tangan,

Jangan biar orang rampas.

 

Pecah gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut di lautan tujuh,

Pecah Gayong perpecahan sayang,

Di satu masa balik berpadu (teguh)

 

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT


PANTUN LAKSAMANA

Pantun Rahsia Perguruan Gayong

 

Anakku, anak  ibumu;

 

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa berbelang di kaki,

Berguru kepalang ajar,

Alamat binasa badan sendiri.

 

 

Mendaki gunung meredah lurah,

Mencari ramuan pengubat hati,

Ilmu Gayong bukannya mudah,

Seni turunan wali kesakti.

 

 

Mencari ramuan pengubat hati,

Berhanyut ke hilir panduan resmi,

Seni turunan wali kesakti,

Menjaga air mengawal bumi.

 

 

BErhanyut ke hilir panduan resmi,

Lenggang bertapak seni memandang,

Menjaga air mengawal bumi,

Tetap menapak teguh menjulang.

 

 

Lenggang bertapak seni memandang,

Memohon Tahjud menadah sentiasa,

Tegap menapak teguh menjulang,

Hanya sujud ke hadrat Yang Esa.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PANTUN SENI CENDAI


Seni Cendai pusaka purba
Sudah diukur baru dipakai
Jika anggota cacat dan cedera
Tidak boleh tuan memakai

Seni Cendai pusaka purba
Disandang mari dihujung bahu
Jangan serang membabi buta
Jerat maut sedia menunggu

Seni Cendai pusaka purba
Disandang oleh panglima Melayu
Kalau engkau sudah sedia
Aku telah sedia menunggu

Kain Cendai dari Sulawesi
Dibawa oleh Puteri Meliwa
Hikmat Gayong sangat sakti
Siapa menyerang menjadi mangsa

Panglima Meruku hulubalang Bugis
Dato’ Hang Tuah pernah bersua
Inilah satu pusaka Bugis
Peganglah amanah sumpah setia

 

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Penafian:
PSSGM Gel Kg Sg Rapat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini..
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi

adikjebat@yahoo.com

 

Make a Free Website with Yola.