PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

 

 

Dato' Dr. Ahmad Bin Lazim Bersama Isteri beliau Datin Feridah Binti Abu Johan  

Gambar ini menjawab segala tohmahan yang mempertikaikan asal usul beliau di dalam penglibatan PSSGM. Beliau seangkatan dengan guru-guru lama dan belajar silat dengan Arwah Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Terdapat segelintir pihak yang mengatakan beliau mendapat tempat di PSSGM adalah disebabkan oleh kejayaan suaminya sendiri iaitu Arwah Cikgu Ahmad bin Lazim. Anggapan tersebut adalah TIDAK sama sekali!!! kerana beliau mempunyai kapasitinya sendiri di dalam PSSGM dan bukanlah orang yang menumpang di atas kejayaan suaminya. Beliau sendiri juga mempunyai ramai anak murid dan ada yang telah menjadi guru mengajar silat sehingga sekarang. Apa yang paling dikesalkan adalah ada diantara muridnya yang pernah menagih ilmu dari beliau dulu tidak mahu mengakui beliau sebagai Guru yang pernah mengajarnya suatu ketika dahulu.

Persembahan yang telah beliau sertai dan menjayakannya di Ipoh Townhall. 

 Gambar ini juga merupakan bukti bahawa beliau pernah terlibat suatu ketika dahulu di dalam usaha untuk mengembangkan Gayong demi tanahair tercinta.

  

Kami akan paparkan lebih eksklusif dan lebih menarik mengenai sejarah dan penglibatan beliau di mata umum akan datang... tunggu sehingga tiba masanya.......... 

Penafian:
PSSGM Gel Kg Sg Rapat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini..
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi

adikjebat@yahoo.com

 

Make a Free Website with Yola.