PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Artikel yang anda baca di bawah adalah dari teks beliau yang TULEN yang ditulis semasa Arwah Cikgu Ahmad Lazim memegang jawatan sebagai PEMEGANG AMANAH PSSGM Malaysia Dan Serantau. Untuk pengetahuan pembaca, banyak lagi  dokumen beliau masih elok disimpan oleh pejabat PSSGM Negeri Perak. Dokumen itu akan dipertontonkan pada pembaca dari masa ke semasa.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

SILAT SENI GAYUNG

Pembukaan


Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dan berasa amat bangga di atas kesungguhan, daya fikir dan daya usaha daripada generasi baru selepas kembalinya Allahyarham Dato Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Hashim selaku pengasas dan pewaris, dan beliaulah orang yang telah mempelopori silat seni gayung ini daripada zaman penjajahan hinggalah ke zaman kemerdekaan. Bagi saya tidak ada sesiapapun yang setanding dengannya dan beliau telah digelar sebagai mahaguru dan pelopor yang membangunkan silat melayu di negara kita dan seluruh dunia amnya.

Sejarah

Pada 21 Januari 1960, jam 3:00 pagi, saya mula memasuki silat seni gayung, saya telah diterima dan diperlimau oleh mahaguru sendiri di rumah Encik Ali bin Ibrahim di Kepala Bukit, Gurun, Kedah. Selesai sahaja upacara itu, beliau telah memberi satu ucapan ringkas tetapi ucapan tersebut memberikan saya satu perangsang dengan satu hasrat. Pada malam tersebut, jam 4:30 pagi dengan dihadiri lebih kurang 25 orang termasuk dalam rombongannya iaitu beliau sendiri, anakanda beliau Cik Siti Noraishah, Allahyarham En. Ramli dan beberapa orang guru latih yang dibawa dari Singapura untuk mengadakan satu pertunjukan di Alor Setar, beliau telah menyatakan hasratnya, dengan cengkaman penumbuk, tangannya diangkat hingga ke paras melebihi kepala sambil berkata, "jika aku ada 10 orang pemuda di Negeri Kedah ini yang sanggup bersama-sama untuk memperjuangkan silat seni gayung ini, aku sanggup untuk mengajar mereka Siang-malam-pagi-petang untuk menjadikan mereka sebagai pelopor bagi membangunkan, menggegar dan memperkembangkan silat seni gayung di Tanah Melayu ini hinggalah ke seluruh dunia".

Mendengar kata-kata beliau itu saya merasa amat kagum dengan semangat serta harapan seorang mahaguru. Hati saya berkata-kata, "jikalau aku dipilih untuk menyertainya, aku akan menumpukan sepenuh-penuh masa untuk mempelajari segala ilmu yang ada pada beliau dan dengan spontan juga perasaan saya berkata "aku juga ingin bersama-sama beliau untuk memperkembangkan silat seni gayung ini ke seluruh dunia". Tetapi maklumlah, sebagai orang baru saya tidak mempunyai kebolehan malah jauh sekali untuk dipilih. Saya mendiamkan diri sedangkan beliau bertanya berkali-kali, siapakah yang mahu turut serta kerana beliau sedang memilih peserta-peserta.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Ingatan Khas Untuk Anak-Anak Gayong


Yang Amat Dikasihi

Alhamdulillah ! bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNva kita bersama dapat meneruskan Perjuangan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di dalam usaha memertabatkan Ilmu Seni Bela Diri agar berdaya maju mempertahankan keunggulannya demi mengangkat martabat agama, bangsa dan negara.

Ujian dan cabaran kita semakin getir, apabila kita berada di zaman teknologi yang kian mencabar, sebagai anak Gayong kita hendaklah mengunakan kecemerlangan prestasi, sebagai asas untuk meningkatkan kemajuan dan pencapaian berkualiti. Kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian kita setakat ini, kita wajar membuktikan bahawa bangsa Melayu mempunyai kekuatan moral dan kerohanian untuk mencapai kemajuan di bidang persilatan, bukan sahaja sejajar dengan kehebatan ilmu seni bela diri asing malahan PSSGM secara keseluruhan hendaklah digarapkan sebagai Pertubuhan Silat yang terbaik.

Di dalam usaha mempertahankan keunggulannya Ilmu Silat Seni Gayong peninggalan Mahaguru/Pengasas yang amat dikasihi, Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman Bin Uda Hashim, saya menyeru semoga kita bersama berperanan positif memastikan bahawa Ahli Gayong daripada setiap, lapisan peringkat sedia menghadapi masa depan dengan kekuatan mental dan kerohanian, mempunyai Ilmu yang tinggi, seterusnya berupaya menyesuaikan diri di dalam setiap keadaan dan perubahan yabg berlaku.
 
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas daya usaha seluruh pemimpin PSSGM di pelbagai peringkat    yang terbabit di dalam memelihara dan
menjana sebuah pertubuhan Silat yang gemilang.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan begitu berbangga dengan kesungguhan, daya fikir dan daya usaha daripada generasi baru selepas kembalinya Mahaguru Silat Seni Gayong ke alam barzah.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Cikgu Ahmad Lazim Sedang Berjalan Diatas Bara Api

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
PENGENALAN


Silat Seni Gayong lahir daripada himpunan seni silat asli bangsa Melayu pusaka para pahlawan dan hulubalang di zaman keagongan kesultanan Melayu. Mahaguru dan Pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman Bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim telah menzahirkan semula ilmu pada tahun 1938 di Taiping, Perak. Alahyarham Dato' Meor Abdul Rahman telah menyusun ilmu tersebut dan menamakannya, Silat Seni Gayong. Kini la adalah satu seni bela diri yang lengkap, tersusun dan terpelihara keasliannya.

Silat Seni Gayong bersendikan adat dan istiadat. Segala perjalanan pentadbiran dan pelajaran mestilah berdasarkan adat istiadat Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong pada mulanya ditadbir oleh dua badan tertinggi. Lembaga Beradat Agung Silat Seni Gayong mempunyai kuasa mutlak atas pentadbiran dan perjalanan adat, istiadat, pelajaran, guru-guru dan sekelian murid Silat Seni Gayong.

Majlis Tertinggi Gurulatih bertindak sebagai badan pelaksana dan penggerak kepada perguruan ini. la mentadbir urusan kegurulatihan dan pelajaran Silat Seni Gayong. Status seorang murid dalam hirarki Silat Seni Gayong boleh dinilai melalui sandang kebesaran yang dianugerah dalam upacara adatistiadat perguruan ini atau bengkung yang ditauliahkan setelah lulus dalam satu-satu ujian.

Perkembangan Silat Seni Gayong begitu pesat apabila mendapat sokongan daripada kerabat Di-Raja, para pembesar negara dan negeri serta pemimpin-pemimpin masyarakat. Ketelusan perjuangan, kekuatan disiplin dan keterapian adat-istiadat memberi satu daya tarikan kepada golongan bangsawan dan pemimpin tertinggi untuk menyertai perjuangan dan pergerakan Silat Seni Gayong di seluruh tanah air. Silat Seni Gayong bukan sahaja menjadi pilihan orang ramai tanpa batasan usia malah mendapat tempat dalam angkatan tentera dan polis Malaysia. Ini menjadikan Silat Seni Gayong sebagai satu silat yang universal.

Nostalgia Dari Kiri :- Cikgu Ramli Lazim (Pak Tam), Allahyarham Dato Mahaguru Dan Allahyarham Dato Ahmad Lazim.

Sejarah Peribadi Dato' Mahaguru

Mengikut cerita, beliau mula mempelajari Silat dari datuknya sendiri iaitu Syed Zainal Bin Syed Idrus termasuk juga Ilmu-Ilmu kebatinan dari ayahnya En. Hashim.

Selepas dari itu, beliau telah tersesat di suatu tempat yang dinamakan padang Sanai iaitu sempadan di antara Negeri Kedah dan Negara Thailand. Beliau telah duduk di tebing sebuah sungai, di atas sebuah batu berwarna hitam dan di sana beliau telah tertidur. Mengikut ceritanya beliau telah didatangi oleh Pahlawan Hang Tuah, lalu mengajarnya pelbagai bentuk pelajaran silat, kemudian beliau telah diseru untuk membuka mulutnya dan Hang Tuah telah meludah ke dalam mulut beliau, sejurus selepas itu, Dato' Mahaguru terjaga dari tidurnya.

Bermula dari situ, beliau telah berhijrah ke negara Thailand dan berpengalaman berlawan dengan beberapa Tomoi Siam. Beliau telah kembali ke Malaysia dan mengadap Sultan Alang Iskandar di Kuala Kangsar, Perak untuk menceritakan pengalaman luar biasa yang diperolehi di Padang Sanai. Baginda telah menitahkan agar beliau menganjurkan suatu pertunjukan dan mempamirkan kebolehannya. Sultan Perak sangat kagum dengan kebolehan beliau, lalu menggelarnya sebagai Rahman Sendo.

Di Dalam tahun 1940an, beliau telah berhijah ke Singapura dan bertugas sebagai anggota Polis di Bahagian Anti Penyeludup, tugas tersebut memaksa beliau berulang-alik ke Pulau Bukum, Pulau Sayak dan Pulau Sulung. Beliau telah bertempur di dalam perang dunia ke 2 dan berjaya menyelamatkan penduduk-penduduk di Singapura termasuk para isteri dan anak gadis. Beliau juga berjaya menyelamatkan masyarakat di Pulau Sulung melalui tipu helah dan pertarungan sengit.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Menjalin hubungan yang baik antara Gayong

Keistimewaan Mahaguru
Dato' Paduka Meor Abd Rahman Bin Uda Hashim


Selama 20 tahun saya mempelajari Ilmu Silat dari Allahyarham Dato' Mahaguru, saya telah berjaya mempelajari pelbagai Ilmu pelajaran dan dilantik sebagai Gurulatih Kanan. Beliau yang saya kenali sentiasa menunjukkan pelbagai perubahan baru atau tambahan pelajaran. Begitu juga dengan ilmu kebatinan, kekebalan dan kekuatan, ianya dapat disalurkan kepada murid-murid untuk mengangkat batu yang berat, menarik kereta dengan gigi, menanam manusia hidup-hidup, membawa pergi murid-muridnya tanpa disedari oleh orang yang ada dihadapannya dan mematahkan pukau-pukau yang ditujukan kepada murid-muridnya.

Sewaktu bersama-sama dengan Mahaguru, saya banyak melihat dengan mata kepala saya sendiri tentang kebolehan luar biasa dan kebolehan beliau di dalam ilmu persilatan. Saya juga berpengalaman melihat Allahyarham dinaikkan taraf daripada seorang rakyat biasa kepada seorang pemimpin yang diperakui. Beliau mampu menyampaikan ceramah kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti golongan pegawai Tinggi Kerajaan, orang-orang kenamaan, Menteri, Perdana Menteri dan Raja-Raja.

Allahyarham telah mempelopori Silat Seni Gayong semenjak daripada zaman penjajahan sehingga ke zaman kemerdekaan. Beliau telah berjaya membuktikan kepimpinannya sebagai seorang panglima di zaman lampau. Ini dapat dilihat dengan kesungguhan beliau bergerak siang-malam, pagi – petang ke merata-rata tempat di tanah Melayu ini. Sesuatu yang paling istimewa mengenai dirinya ialah beliau boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarakat tidak kira kecil, besar, tua mahupun muda, berpangkat ataupun orang-orang cacat.
Sepanjang mengenalinya, beliau begitu prihatin apabila melintasi perkuburan orang-orang Islam, beliau pasti mensedekahkan surah ' AlFatihah' dan jika perkuburan sanak-saudaranya, beliau akan berhenti dan membaca surah 'Al-Fatihah', surah 'An-Nas' seterusnya mencium batu nisan tersebut sambil mengalirkan air mata.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

 Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim Disamping Isteri Tersayang Datin Hjh Feridah Binti Abu Johan (YDP PSSGM Perak) Bersama Orang-Orang Kuat Gayong.

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Kenangan Gurau Senda Beliau Semasa Hayat Nya

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Cikgu Ahmad Lazim Pengurus Pasukan Silat Negara

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

 Cikgu Ahmad Lazim - Semasa Zaman Muda nya

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

GAMBAR DI BAWAH

Diantara Gambar-Gambar Lama Sempena Majlis Pertunjukan Yang Diketuai Oleh Cikgu Ahmad Lazim

Arwah ayah pernah menunjukkan kunci mati dengan menunjukkannya kepada seorang anak murid bagaimana ianya dilakukan. Dalam keadaan kunci yang kemas sudah tentu murid yang  menjadi contoh itu didalam kesakitan....tetapi arwah ayah dengan bersahaja menerangkan pada kami tanpa melepaskan kuncian yang sedang dibuatnya sehingga kami faham. Itulah cara ayah bergurau dengan anak muridnya.......

Kenangan ku bersama arwah ayahanda Ahmad Lazim :- Firdaus Rohana

Arwah ayah selalu memerhati apa yang Mak ngah ajarkan pada anak murid.Cara beliau memerhati dengan berdiri tempat yang Mak Ngah tak nampak....Jika beliau nampak Mak Ngah ajar kurang tepat,beliau terus membetulkan nya. Beliau memang Guru yang mementingkan quality anak murid nya.........

Kenangan bersama beliau tetap selamanya dalam ingatan..........:- Mak Ngah

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Nostalgia - Cikgu Ahmad Lazim Semasa Menjadi Pengurus Atlit Silat Negara

 

Ucapan Allahyarham Dato Dr Hj Ahmad Bin Lazim di sebuah majlis Gayong di Sg Petani, Kedah 

 

PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT PSSGM GELANGGANG CIKGU AHMAD LAZIM KG SG RAPAT

Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim Sedang Menunjukkan Cara-Cara Bermain Parang Sekitar Tahun 1994

Setinggi tinggi terima kasih tak terhingga kepada keluarga Allahyarham Dato Dr. Hj Ahmad Bin Lazim kerana membenarkan gambar-gambar ini disiarkan di laman ini. Semoga roh Allahyarham Dato Dr Hj Ahmad Bin Lazim ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan soleh....

 ........................ Al-Fatihah ..........................

Penafian:
PSSGM Gel Kg Sg Rapat tidak bertanggungjawab terhadapsebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini..
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi

adikjebat@yahoo.com

 

Make a Free Website with Yola.